Sabah Land of King Kong

By | February 9, 2011
gisthiran Kesultanan Sulu ada Kewajaran dan Berfakta, ia hendaklah dipandang terugga hari ini oleh semua lapisan R
Sabah The Land of King Kong
        

Artikal Oleh : Abdullah Sani Hj.Abdul Salleh     

Bercerita tentang fakta kesultanan Sulu di Sabah memang tidak dapat dinafikan berdasarkan fakta Sejarah dan Perjanjian Pajak Gadai 1881 (Perjanjian Bulan dan Bintang) diantara Sultan Sulu dan B.N.B.C (Syarikat Bristish) sehinggalah kedaulatan itu diambil-alih oleh kerajaan British pada tahun 1946.

Hak Sultan Sulu tetap terjamin dan di-iktiraf oleh British bila waris terakhirnya Dayang-Dayang Piandoa membawa kesnya ke Mahkamah Bristish pada tahun 1930 yang memberikan hak kepada beliau untuk menjadi pewaris sah Kesultanan Sulu yang berada di North Borneo pada masa itu dan berhak untuk meneruskan tuntutannya terhadap Perjanjian Bulan dan Bintang 1881 itu dengan memperolehi wang sewaan bernila 5,000 fences (Wang Spain), hari ini telah digantikan dengan wang berbentuk RINGGIT MALAYSIA dan terus diterima oleh waris waris yang berada di Sulu iaitu Sultan Ismail Kiram dan Keluarganya.
Niat baik Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia harus dipandang secara positif dan tidak seharusnya kita berpandangan prejudis terhadap mereka apabila mereka memperjuangkan hak mereka terhadap apa yang sepatutnya mereka perolehi mengikut perjanjian Bulan dan Bintang’ 1881.
PEMBAYARAN SEWA DITERUSKAN.
Sultan Ismail Kiram Penerima Sewa RM 5,000.00
Pajakan keSultanan Sulu dari Kerajaan Malaysia
Dalam Isu Perjanjian dan soal pembayaran yang telah menjadi perjanjian diantara Kerajaan dan Kerajaan sepatutnya tidak timbul sama sekali , kerana kita memang sudah biasa dengan perkara ini dan telah berjalan sekian lama sebagai satu perjanjian yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Sebenarnya kita Sabah amat beruntung kerana, harga Pajakan diantara kesultanan Sulu dan British hanyalah RM 5,000.00 ringgi Setahun atau RM 13.69 sen sehari benbanding harga sewa sebuah kereta kancil RM 80.00 sehari  dan perkara ini juga berlaku diantara KeSultanan Kedah dan Pulau Pinang dimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu membayar sewa pajak terhadap Pulau ini sebanyak RM 10,000.00 setahun menurut Perjanjian Bulan dan Bintang 1876 diantaran Francis Ligth dan Sultan Kedah dan sewa berkenaan dibayar Kepada Keluarga Diraja Kedah sehingga hari ini.
Pulau Pinang yang sebesar Pulau Banggi itu dapat sewaan  RM 10,000.00 setahun sementara Sultan Sulu Cuma dapat RM 5,000.00 setahun walau pun luas Geograpi Sabah hampir 10 Negeri di Semanjung Malaysia.
Begitu juga halnya diantara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang perlu membayar Beratus Billion Ringgit dan perlu membayar 1 Billion setahun kepada Negeri Selangor kerana Pajakan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi tidak pula membayar Pulau Labuan yang menjadi Wilayah itu.
KEARAH KEAMANAN DAN PEMBANGUNAN SABAH SULU
Rumah Bicara atau Istana Negara Kesultanan Sulu.Jolo
Saya masih teringat satu ketika 5 tahun dahulu  apabila  Kesultanan Sulu,  Sultan Ismail Kiram seorang sehabat saya, pernah meminta bantuan khidmat saya supaya menyampaikan hasratnya terhadap kerajaan Malaysia mengenai Pembangunan Filipina Selatan dan perbincangkan soal kedaulatan serta keamanan dirantau ini.
Sebagai seorang sehabat saya diminta oleh beliau menjadi wakil khas Kesultanan Sulu secara rasmi dengan mengeluarkan satu surat Pelantikan dari Istana Rumah Bicara Maimbung Sulu Philippines tempoh hari , saya sendiri pernah menemui Perdana Menteri Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi) untuk menghantar surat itu bagi membincang soal pembangunan dan keamanan dirantau ini khasnya Filipina Selatan dan Sabah bagi mengekalkan keamanan dan merancakan ekonomi pembangunan Petrolium,Pelancungan, Barter Trade dan Industries Rumpair laut kedua-dua Wilayah dengan sokongan kesultan Sulu yang berada di Philippines Selatan itu.
Jesteru itu marilah kita sama sama memandang Isu kesultanan Sulu ini dari sudut Positif dan jangan ada diantara kita rakyat Malaysia khasnya di Sabah yang buta sejarah dan memandang secara prejudis serta prasangka terhadap mereka.
Laporan di Blog dan internet mengenai Kesultanan Sulu yang banyak diperbincangan secara bersosial FB dan Twitter , secara ilmiah dan secara sindiran serta tidak puashati rakyat terhadap isu ini boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum di Negeri ini yang mana mempunyai sejarah panjang dan indah diantara kita Rakyat Malaysia dan Waris Waris kesultanan Sulu serta Mesyarakat Bajau Suluk di Negeri ini.
Namun tidak kiralah ianya siapa, semada Bajau, Suluk, China dan lain – lain mereka yang isthiharkan diri menjadi Sultan biarlah mereka dengan dunia mereka sementara kita rakyat Sabah dengan dunia kita sendiri.
Isu Kemiskinan, Isu Pembangunan dan Isu kedaulatan wilayah kita masih terjamin bebas dari ancaman walaupun  pengistiharan Kesultanan Sulu itu dibuat dalam Negera kita.
Semada ada kita Melayu, Cina, Kadazan Dusun ,Bajau sebenarnya kita semua adalah rakyat Sabah dalam Malaysia yang perlu menghormati aspirasi mesyarakat lain seperti mana yang dibuat oleh Bangsa Taosug dan bangsa Cina terhadap Negeri ini untuk mengistiharkan diri sebagai Sultan.
Mesyarakat Kadazan Dusun mempunyai ‘Huguan Siau’ (Paramount Leader), Bisaya dengan Ganang Gayuhnya, Suluk dengan Sultannya, Bajau dengan Panglimanya.
AKJAN ISTHIHAR DIRI SEBAGAI SULTAN
Memang kita dikejutkan lagi dengan satu pertabalan Peribadi bersama 60 orang pengikutnya seorang Sultan baru di Kg. Likas Kota Kinabalu pada 4hb. Feb2011.
Saudara Datu Akjan Ali Muhammad  sebelum ini dikenali sebagai si Akjan yang agak polular dengan kisah hidupnya yang menjadi bualan ramai.
celebreti ini yang telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu seperti mana yang dilaporkan oleh laman web sabahkini.net tempoh hari dan beberapa akbar tempatan.
Tidak dapat dinafikan fakta dan sejarah kesultanan Sulu yang wujud telah tertulis sebagai rujukan genarasi akan datang khasnya rakyat Sabah.
Cuma rasanya adalah lebih baik kita tumpuhkan pemerintahan Negeri ini didalam Persekutuan Malaysia dimana kita mempunyai seorang Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negara sendiri sebagai wakil Ketua Kerajaan Negeri dalam Majlis Raja Raja Malaysia.
Akjan yang mengistharkan diri sebagai Sultan Sulu langkap dengan Perdana menteri dan Kebinetnya kerajaan buangannya yang tidak Bernegara , Namun kita juga amat faham bahawa ada banyak waris Sultan Sulu menjadi Sultan atas keturunan masing-masing dimana rekod menunjukan 123 waris Sulu mengistiharakan diri Sebagai Sultan Sulu , North Borneo dan Mindanao di seluruh dunia mengikut risikan Agensi C.I.A Amerika.
Saya harap rakyat Sabah tidak cemas dengan tindakan beliau kerana kita berada dalam satu Negera yang berdaulat serta Merdeka secara mutlak  dibawah Pemerintahan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan biarlah Akjan menguruskan kerajaan Buangannya bersama waris Sultan sulu yang lain.
SULTAN TOUSUG VS SULTAN TIONG HWA CINA

Allen Wong Mei Wah Ishiharkan diri sebagai KING OF BORNEO
in Land of King Kong.
Saya juga amat tertarik denga pengistiharan seorang Sultan di Hong Kong, China dengan dihadiri oleh Hakim besar Bangsa Bangsa Bersatu iaitu Raja Borneo    King   Allen Wong Mei Wah yang telah diistiharkan sebagai King Of Borneo,Sulu & Mindanao dan langkap dengan barisan protokolnya tempoh hari.Untuk mengetahui secara lanjut Pengisthiharan RAJA BORNEO ini sila ke Laman Web Kami di www.ppsemporna.blogspot.com dimana Vedio Pengisthiharan beliau ada terdapat disana.
Salam
Dari Saya sebagai Rakyat Sabah.
   Abdullah Sani Hj Abdul Salleh