Catatan buat seseorang yang ku kenali..

By | March 11, 2011
   
   Tersenyum sambil mengunyah pop corn, duduk dikerusi memerhatikan kelibat seorang gadis yang kelihatan agak kekok dan keliru, mundar mandir dikelilingi seangkatan ‘body guard’ menuju ke ruangan depan sebuah pawagam. Malam ini adalah hari pertama tayangan filem epik sejarah sastera melayu berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Dia datang pasti untuk menontonnya. Sesekali memandang sekeliling. Apakah yang dicarinya, mungkin hanya mahu melihat-lihat apa yang ada disekitarnya. Berjalan hanya menurut langkah kemanakah arah adik beradiknya hendak tuju. Aku mengenalinya. Aku pernah berbual dengannya satu ketika dulu. Gadis manis campuran minang jawa itu berlalu pergi dan terus hilang ditelan kesibukan orang ramai tanpa menyedari ada sepasang mata sedang merenungnya sekian lama.
bersambung …