Hikayat Merong Mahawangsa – Filem Mesti Tonton !

By | March 9, 2011
   Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
   Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah. 

   Pada tahun 120 sebelum masihi, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
   Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.


   Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.


   Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini dijangka menjengah pawagam Malaysia pada tahun 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato’ Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman,Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin.

Pengarah
Yusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
Syarikat penerbitan
Penerbit
Pengarang
Yusry Abdul Halim(Lakon layar)
Pengisah
Yusry Abdul Halim(Cerita Asal)
Lakonan
Muzik
Pengedar
Mula tayangan
10 Mac 2011
Negara
Bahasa
Inggeris, Melayu
Perbelanjaan
RM 8 juta   
Kulit buku Hikayat Merong Mahawangsa dalam teks rumi. 
Sejarah Sastera Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Oleh : aku-tausug @ Hassan
9 Mac 2011